LM-1
Ciri-ciri Unik Lampin ModenLM-13LM12LM-11LM-10LM-9LM-8LM-7LM-6LM-5LM-4LM-3LM-2Lampin Moden Menceriakan Bayibayi-lampin-moden-3carapakai-lampin-moden-2Lampin Moden Yang DisidaiLM-14

Lampin Moden Guna Semula -LM

RM25.00

Lampin Moden Guna Semula -LM Jimat Murah Borong

In Stock

SKU: 252
Posted in .

Lampin Moden Menceriakan Bayi

Apa Itu Lampin Moden Guna Semula?

Inovasi terbaru dari lampin pakai buang maka terhasillah kain lampin moden dengan fungsi cengkaman dan bentuk seperti pampers. Bezanya anda tidak perlu membuang bahkan bolehlah membasuhnya dan memakainya semula. Lampin Moden ini juga didatangkan dalam pelbagai warna dan style.

Apa Kelebihan Ketara Lampin Moden Ini?

  1. Penjimatan Jangka Panjang
  2. Bayi Lebih Sihat. Tidak Terdedah dengan bahan Kimia Pampers
  3. Bayi Anda Lebih Comel dan Bergaya
  4. Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar
  5. Senang Digunakan
  6. Bayi Lebih Cepat Belajar Kencing Sendiri

Penjimatan Jangka Pangjang

Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Lampin Moden. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna Lampin Moden yang harganya RM25 per set  dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan  Disposable Diaper  (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan.

Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda??

Bayi Lebih Sihat. Tidak Terdedah dengan bahan Kimia Pampers

Ini kerana, Lampin Moden diperbuat daripada kain Cotton.
Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya.

Sebabnya tidak  lagi berlaku tindak balas bahan  kimia terhadap kulit anak kita.  Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper  (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper  itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku.  Terdapat kristal-kristal  kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi.  Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit.

Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin – bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

* Sodium polyacrylate – Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Bahan kimia ini juga membolehkan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya dan juga menyebabkan ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi.

* Tributyl Tin (TBT) – Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* Crude Oil – Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil adalah sejenis petroleum.

Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar

Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers.
Satu Disposable Diaper  hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam.
Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ?

Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu?
Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??

Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang

– Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
– Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
– Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
– Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
– Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah

Senang Digunakan

Lampin Moden Yang Disidai

Kalau zaman dulu-dulu, zaman guna kain lampin manual, kita kena ada pin, seluar getah,dan kena ada masa untuk  lipat kain lampin tu.
Tapi sekarang, lampin moden ada macam-macam rekaan baru dan moden yang sangat menyenangkan ibu bapa untuk menggunakannya!!

Ciri-ciri Unik Lampin Moden

Ciri-ciri Unik Lampin Moden

Bayi Anda Cepat Belajar Membuang Air Kecil

kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada Lampin Moden apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

Bayi yang menggunakan LAmpin Moden juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam Lampin Moden (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD.

Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai Lampin Moden masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

Dengan memakai lampin Moden, anda juga telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik dan menjaga alam sekitar.
Mereka pun akan mencontohi sikap anda yang baik kerana telah di didik dengan cara seperti itu.

Jadual Penggunaan Lampin Moden (LM)

Berikut merupakan cadangan jadual penggunaan LM harian untuk baby anda.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh juga mereka sendiri jadual penggunaan LM
bagi baby mereka bergantung kepada kekerapan baby membuang air kecil/kencing.

7am – 10am 1 LM + 1 Insert
10am – 1pm 1 LM + 1 Insert
1pm – 4pm 1 LM + 1 Insert
4pm – 7pm 1 LM + 1 Insert
7pm – 12am 1 LM + 2 Inserts
12am – 7am 1 LM + 2 Inserts

Kesimpulannya, 6 Lampin Moden + 8 Inserts diperlukan untuk penggunaan selama 24jam.
Jadi secara kasarnya (menurut perkiraan dan pengalaman saya), 12 LMs diperlukan
bagi membolehkan baby menggunakan LM sepenuhnya :)
tetapi tak salah rasanya jika ibubapa ingin memiliki/membeli lebih dari 12 LMs
kerana LM tersebut bolehlah digunakan semasa emergency-hujan & LM tak kering :)

Cara untuk pakai Lampin Moden

Ini adalah cara untuk pakai Lampin Moden

Hanya 3 langkah:

1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby

Untuk penggunaan kali pertama saja anda perlu ‘adjust’ dulu saiz LM, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2)…. dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar sahaja macam tu)…

Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan untuk malam bolehlah gunakan 2 insert. Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar ).

Pilihan Di Tangan Anda!!

Reviews

There are no reviews yet, would you like to submit yours?

Be the first to review “Lampin Moden Guna Semula -LM”

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *