Buat TAALIM kena banyak SABAR, baru dapat ISTIQAMAH, sebab apa? Sebab syaitan tak suka. Taalim ini kaedah belajar dan mengajar, Kita bacakan alQuran dan Hadis2 RASULULLAH untuk lembutkan hati kita dan anak-anak supaya mudah untuk buat Amal.

Dalam kitab yang dibacakan adanya ayat-ayat alQuran dan Hadis RASULULLLAH. Hasilnya sangat2 beruntung, inilah SAHAM paling mahal harganya. Nak buat taalim bukan senang, memang sukar dan mujahadah sebab berlawanan dengan kehendak dunia kita. Benda yang syaitan paling tak suka bila Kita berpegang pada alQuran dan Sunnah RASULULLAH. Nak istiqamah memang makan masa, muhasabah diri nak berubah or tak. Dunia hanya sekejap jer. Paling mujahadah masa nak buat taalim ialah adalah jer halangan, anak2 main la, anak2 tidur la, dan macam-macam halangan. Doa sungguh-sungguh dan buat jugak taalim pada waktu yang kita dah tetapkan. Setiap 40hari Allah zahirkan kesannya.

Syaitan ini dia akan kalah dengan ISTIQAMAH, ilmu yang sikit tapi bila Kita selalu amalkan lagi besar nilainya dari ilmu yang banyak tapi tak diamalkan.

Cuba lawan sikit jer keinginan Kita untuk usaha buat taalim, sampai satu masa Allah akan mudahkan untuk istiqamah. Bila Kita istiqamah taalim, Allah mudahkan banyak benda, Allah lembutkan hati Kita untuk buat AMAL, mudah jaga SOLAT, mudah jaga ZIKIR, Allah bagi sifat IKRAM, dan paling penting Allah bagi kefahaman agama Insha Allah.

Tanda Kita sayangkan diri dan family, hijrahlah ke arah yang lebih baik, jangan peduli apa orang kata, jangan peduli apa orang pandang tapi peduli APA PANDANGAN ALLAH PADA KITA.

Hidup kita ni nak cari REDHA ALLAH, bila Allah redha, semua benda akan berkat dan mudah. Hidup sekejap jer, pejam celik, pejam celik Masa berlalu. Apa SUMBANGAN KITA PADA AGAMA ALLAH? DIMANA KITA HARI INI? Muhasabah diri hari2.

Sehebat Mana orang itu, sekaya Mana orang itu, Satu masa dia akan tinggalkan dunia jugak. Firaun yang mengaku TUHAN pun tetap mati, Qarun yang kaya raya pun mati. Kita tak hidup selamanya didunia ini.

Sesiapa pun Kita Hari ini, bila Kita HIJRAH, Allah akan hantar bantuan untuk Kita. Namun syaitan tak akan cepat mengalah, sebab apa? Sebab dia nak Cari kawan Kat akhirat nanti. Kita anggap syaitan ini musuh tapi dalam diam kita ikut rentak dia😭. Semoga Allah pilih Kita semua untuk hijrah dan istiqamah.

Allah kuasa makhluk tiada kuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *