Bayan ulamak Maulana Syamim 
5 November 2018, Lokasi Maeps Serdang:

Semua aktiviti keilmuan akan membawa kepada kemuliaan, ketinggian, dan peningkatan. Sebaliknya seluruh usaha dan aktiviti kejahilan akan menjerumuskan para pengusahanya ke lembah kehinaan, kerendahan, dan kemunduran.

Dan kejahilan itu menurut alim ulamak ada 2 bentuk:

1. Seorang yang sememangnya tak tahu akan hakikat sesuatu perkara.

2. Seorang yang memahami sesuatu dengan kefahaman yang salah.

Ini jugak termasuk kejahilan sekalipun adakalanya orang tersebut memiliki maklumat keagamaan yang banyak.

Mengatakan bahawa makhluk boleh buat sesuatu (manfaat dan mudarat) adalah kejahilan kerana pembuat yang sebenarnya adalah Allah swt.

Allah swt mengutuskan seluruh anbiya’ untuk mengeluarkan umat dari kejahilan dan kesalahfahaman ini, kerana seluruh umat yang datang ke dunia ini terkesan dengan hasil usaha masing-masing.

Umumnya umat dewasa ini melihat bahawa segala sesuatu boleh membawa manfaat dan mudarat. Mereka yakin bahawa emas boleh memberi manfaat, perak boleh memberi manfaat. Bahkan setiap umat yakin dengan kelebihan yg mereka miliki, sebahagian umat yakin dengan majoriti, sebagian yakin dengan kekuatan mereka, sebagai nya yakin bahawa pertanian yang diusahakan boleh memberikan sesuatu. Ini adalah kejahilan yang nyata.

Untuk meyakinkan umat tentang kebenaran para Nabi as, maka Allah swt telah mengurniakan mukjizat kepada mereka. Dan hakikat nya bahawa mukjizat adalah dalil nubuwwah bukanlah qudrat Allah.

Mukjizat para Nabi bukanlah matlamat bagi pengutusan mereka (مقاصد النبوة) bahkan mukjizat hanyalah petunjuk atau bukti kenabian (دلائل النبوة) semata-mata, kerana maksud nubuwwah adalah agama.

Sebagai bandingan, sebagaimana alam semesta ini merupakan tanda kekuasaan Allah دلائل قدرة الله dan ianya adalah bukanlah kudrat Allah. Makhluk ini tidak boleh katakan sebagai qudratullah kerana qudratullah tidakkan terpisah dari zat Allah sedangkan makhluk-makhluk ini pasti akan hancur dan binasa.

Oleh yg demikian para Nabi datang untuk mengajar manusia bagaimana untuk mencapai makrifatullah.

Firman Allah swt: tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

Maksudnya adalah supaya mereka mengenali Allah swt. Maksud ibadah dalam ayat ini bukanlah sekadar rupa ibadah tetapi hendaklah menyembah Allah swt dalam keadaan kalian mengenali dan mengetahui kehebatan dan keagungan Allah.

Hari ini ramai manusia yang beribadah dalam kejahilan, iaitu mereka menyembah Allah tapi keyakinan hati mereka kepada duit, kedai, harta benda boleh beri manfaat.

Hakikat ibadah adalah apabila kita menyembah Allah dalam keadaan hati kita meyakini bahawa zat yang Maha Berkuasa hanyalah Allah swt.

Hanya kepada Mu aku menyembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Untuk mendapat hakikat makrifatullah maka kita kena tutup mata kita dan mula berjalan di dunia dengan yakin dengan khabar yang datang dari Allah dan Rasul.

Oleh sebab itu, Allah swt mulakan Al Quran dengan Alif Lam Mim, iaitu sebelum kita mula mempelajari ilmu agama maka kita hendaknya mulakan pengajian dengan menafikan keilmuan kita merasakan bahawa aku tidak mengetahui apa-apa dan mula belajar dengan meyakini bahwa kami hanya percaya kepada apa yang Allah dan Rasul saw khabarkan.

Maulana Yusuf Kandahlawi rah.alaih:
Seseorang yang membaca Al Quran dalam keadaan keyakinan yang salah. Mereka membaca Quran sedangkan keyakinan mereka adalah kepada nilai dunia maka bacaan sedemikian tidak akan menambahkan apa-apa melainkan kesesatan.

Untuk dapatkan hakikat ilmu maka kita hendaklah:

1. Berusaha memperbetulkan keyakinan kita kepada zat Allah swt.
2. Beramal sesuai dengan ilmu yang dipelajari.
3. Beramal mengikut misdaq/ bertepatan dengan maksud yang sebenarnya.

Beramal dengan keliru terhadap mafhum ilmu yang dipelajari juga satu kejahilan. Sebagai contoh bilamana dalam satu peperangan seorang sahabat telah melompat masuk ke medan peperangan berseorangan diri, melihat keadaan itu maka seorang tabiin berkata: janganlah kalian mencampakkan diri kalian dalam kancah kebinasaan. Mendengar ungkapan tersebut maka Abu Ayyub Al Ansari ra mengangkat suaranya dalam keadaan marah.

Teman..!! Kamu telah terkeliru dalam memahami misdaq ayat di atas, demi Allah ayat ini turun ke atas kami orang-orang Ansar ketikamana kami orang Ansar yang memohon cuti dari keluar jihad di jalan Allah swt.

Maksud nubuwwah ada 4:
1. Dakwah ilallah
2. Ilmi ilahi
3. Tazkiyah
4. Akhlak
5. Hikmah

Bagaimana kelima perkara ini di amkan dikalangan umat. Ulamak adalah syiar kepada Nabi Muhammad saw hingga apabila umat melihat ulamak mereka terbayangkan Nabi Muhammad saw.

Kredit: @maulanahelmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *